17 August 2011

Duit Raya Dari Google Adsense



Tak sangka! Aku dah tinggalkan buat Adsense dah hampir dua tahun. Tetiba dapat cek dalam postbox 2 hari lepas. Hidup lagi rupanya blog-blog aku ni.

Google Adsense ni merupakan projek pertama aku dalam dunia perniagaan online. Walau bagaimana pun aku terpaksa drop dan beralih kepada ebay memandangkan aku tidak mempunyai masa yang cukup untuk meluangkan masa secara online.

Memandangkan business ebay aku dah OK. Hampir semua kerja-kerja pengurusan ebay sudah separa automatik, mungkin aku boleh tengok balik projek adsense ni.

Thanks Uncle G, bagi duit raya!

21 November 2010

Review Blackhat EBay

WOW! Bagaimana nak mula ya?....hmmmmmmmm

Teknik Blackhat eBay........ Mula-mula membaca tajuk ebook ni sudah menarik minat aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Baca sale page juga menyebabkan aku lebih teruja untuk mendapatkannya. So beli...brapa....RM100. Murah? Mahal? Subjektif..... ada kata murah, ada kata mahal...so, tak mau sentuh bab ni.

MUKHADIMAH
1. Dengan polici-polici eBay yang kerap berubah-ubah dan pengenalan kepada undang-undang baru saban hari kadang kala merimaskan penjual-penjual eBay. Adakalanya peraturan-peraturan ini aku rasakan amat tidak adil terutama kepada penjual-penjual eBay. Bagi aku eBay terlalu banyak memberi penekanan kepada buyer protection berbanding seller protection. Kadang-kadang rasa marah dan meluat menyebabkan mula timbul tanduk kat kepala otak aku ni macam mana nak kenakan eBay atau lebih tepat lagi HOW TO BID THE SYSTEM. So bila sebut pasal eBay Blackhat atau eBay system manupilation ni aku teringin nak tau. So bila aku beli ebook ni, this is what I had in mind.

PENYAMPAIAN
2. Mula-mula aku nak sentuh ialah berkenaan penyampaian penulis dalam ebook ni. Komen aku yang pertama sini ialah penyampaian idea penulis tidak begitu tersusun. Idea-idea yang cuba diketengahkan ada kalanya terlalu ringkas dan adakalanya tidak boleh difahami sepenuhnya. Di ikuti dengan pembinaan ayat yang aku rasakan lebih sesuai digunakan ketika bertutur tapi tidak sesuai diturunkan dalam bentuk penulisan. Mungkin penulis cuba menerangkan dalam bentuk santai, namun malang, 'flow' ayat yang digunakan tidak kesampaian kepada orang yang membacanya. Terdapat juga penerangan yang tersangkut-sangkut dan tidak jelas.

3. Pada page 21-23 diceritakan tentang cara mewujudkan akaun Paypal tetapi disini juga diceritakan tentang cara untuk mendapatkan akaun VCC. Penulis cuma menceritakan ia boleh didapati di forum-forum dan boleh dibeli dari dari beliau sendiri. Tidak diberikan cara atau link website dimana pembaca boleh membeli/membuka akaun VCC secara direct. Begitu juga pada page 24, diberikan harga software tersebut tetapi tidak diberikan link website dimana boleh didapati software yang dicadangkan. Pembaca terpaksa membuat sedikit research kat pakcik google.

4. Satu lagi contoh, penulis mencadangkan supaya digunakan Tuneup Utilities sebagai additional software tetapi tidak menerangkan untuk apa software ini perlu digunakan.

5. Penulis sepatutnya memperbanyakkan lagi imej-imej untuk step by step guide.


KANDUNGAN
6. Tumpuan utama penulis dalam ebook ini ialah dengan menjual serial number untuk product M$ Windows, M$ Office, Autodesk dan Adobe. Di sini aku mendapati ia satu teknik yang FRESH yang aku rasa tak ramai yang tahu. Aku sebenarnya dah muak dan mual dengan ebook2 yang banyak memberi tumpuan kepada produk Artsnow. Sudah sampai masa penulis-penulis ebook mencari produk-produk lain sebagai contoh. Begitu banyak syarikat dropshipping, kenapa asyik nak guna Artsnow?

7. Di page 26 dinyatakan untuk membeli serial number dari penulis adalah US8 tapi page 28 dinyatakan harga US5. So yang mana satu?? Dan cadangan buat listing pada jam 11.30 malam (page 28) tu waktu US atau waktu Malaysia?

8. Pada page 40, download software, so dimana link download untuk Windows 7 Ultimate? MS Office?

9. Maklumat dari page 46 hingga 57, aku tak pasti dimana yang dimaksudkan dengan teknik Blackhat? Bagi aku maklumat biasa ja yang sudah diketahui oleh ramai penjual ebay.

10. Page 51 dibawah tajuk "Bagaimana mengelakkan dari listing dilaporkan" Penulis mengatakan terdapat banyak cara, tapi tidak diterangkan pula apakah cara-caranya.

11. Aku juga merasa sedikit lucu keterangan di page 53 dibawah tajuk 'Bagaimana untuk menyelesaikan masalah apabila ditahan oleh eBay'. Penulis menyatakan, and I quote...

"Hanya satu cara untuk menangani jika ditahan adalah  dengan tidak menggunakan
eBay lagi dan teruskan ke sumber jualan key yang lain di tapak lelong. anda
walaubagaimanapun boleh  berpatah balik  ke eBay, tapi itu adalah pilihan anda dan
cara untuk balik ke eBay adalah dengan eBay Stealth, iaitu satu lagi ebook untuk 
masalah  jenis ini.  Saya tidak akan berkongsi cara dalam ebook ini, sebab ia akan
menjadi satu salinan yang salah, tetapi saya boleh berikan ebook kepada anda
PERCUMA."

12. WOW! Blackhat sungguh! Nak selesai masalah ditahan(?) eBay ialah jangan berniaga dalam eBay. :)  Lepas tu tak nak kongsi ebook EBay Stealth sebab takut jadi satu salinan yang salah(?)...TAPI boleh boleh bagi FREE ebook tu kalau nak. Errrrr....tu tak salah ke?

13. Teknik menjual tanpa barang merupakan satu teknik yang sungguh brutal! Aku terkejut sungguh dengan teknik ni. Memang kejam :) Anda perlu menjadi orang yang berperut hijau dan bersedia menerima sumpah keranah dari buyer untuk melakukan teknik ini. Mudah mudahan sumpahan-sumpahan mereka tidak dikabulkan. Selamat mencuba.

14. Ahhhh!!...Barangan VERO...ramai seller Malaysia suka main ni. Bagi aku penerangan berhubung main barang VERO ini tidak begitu exclusive. Hampir kesemua cara-cara yang disenaraikan sudah boleh dijumpai dalam thread ebay berhinggus di WC.

WHAT DID I LEARN
15. Berikut adalah perkara yang baru dan berbaloi aku pelajari dari ebook ni:

- cara berniaga serial number software di ebay (Menarik)
- cara membuka akaun ebay luar negara.
- cara menjual tanpa barang di eBay (menarik tapi aku tak nak praktikkan sebab aku bukan perut hijau)
- cara menjual barangan vero (maklumat boleh dicari di thread ebay berhinggus di WC)
- cara nak remove negative feedback dari buyer.
- cara nak suspend akaun seller lain.

sekiranya anda ingin mengetahui perkara-perkara ini, maka buku ini untuk anda.

KESIMPULAN
16. Penulis perlu memperbaiki cara penyampaiannya agar lebih mantap dan lebih mudah difahami. Perbanyakan imej step-by-step guide.

17. Gunakan format yang lebih tersusun agar tidak nampak penyampaian yang melompat-lompat dari satu tajuk ke tajuk yang lain.

18. Narrow down target audiance. Cara penyampaian dan menulis begini hanya boleh difahami oleh pembaca diperingkat intermediate dan advance. Dengan cara ini penulis boleh menjimatkan masa dari menerangkan teknik-teknik basic seperti cara nak create akaun eBay, Paypal, VCC. Penulisan ebook yang panjang berjela tidak membawa erti jika content nya tidak berkualiti.

19. Pendapat peribadi aku, penulis lebih sesuai membuat video tutorial dari ebook.

20. Apa pun, tahniah aku ucapkan kepada penulis yang mengambil langkah berani menerbitkan ebook yang tajuknya sememangnya kontroversi. Harap penulis tidak patah semangat dengan kritikan ini dan terus memperbaiki penulisan untuk projek-projek ebook lain dimasa hadapan.
Dapatkan Blackhat EBay disini.

Ikhlas,
jutawan.miskin