18 September 2008

Semakin Slow di Bulan Puasa

Of soft evening light and after-thoughts...Nampak gayanya dah setengah bulan kita dah berpuasa. Badan pun dah semakin lemah. Asyik mengantuk  awal ja sekarang ni.

Nak update adsense site pon dah tak ada nafsu. Mungkin stop kejap dan sambung semula lepas raya nanti.

Dapat satu niche keyword yang agak ‘cantik’  baru-baru ini. Mungkin buat masa ni try kumpul content dulu. Tak decide lagi nak pakai wordpress atau blogger (advance technique JWA).

Sekarang ini pun aku tak berapa puas hati dengan web hosting yang aku langgan (malaysia punya). Banyak lagg dan selalu downtime. Mungkin sudah tiba masanya aku change hosting.

Ingat nak try yang US punya plak.  Cadang nak upgrade ja free hosting kat 000webhost.com kepada premium paid hosting. Dalam Rm205 setahun. Dapat unlimited disk space, unlimited data transfer dan yang paling penting unlimited add-on domains. Cukup menarik.

Tapi masalahnya nak transfer wordpress to new server ni complicated sikit kerana ia melibatkan MySQL database. Tak pernah buat so rasa cuak sikit. Tapi kalau tak buat sampai bila nak belajarkan :).

Tak apalah. Aku akan decide lepas raya ni.

No comments: