17 October 2008

Keuntungan Suku-3 Google Meningkat

Uncle G telah mengeluarkan laporan suku ke-3 tahun 2008 berhubung prestasi keuntungannya.

Walaupun Google tidak mennyatakan dengan lengkap peratusan pendapatan iklan dengan AdSense tetapi kita dapat memperolehi beberapa petunjuk dari mereka dari data suku ke-3 ini.

Ada tiga bahagian dalam laporan yang menarik dari perspektif publisher AdSense seperti anda dan saya.

1. Google Network Revenues - ini adalah jumlah pendapatan iklan yang dihasilkan melalui program AdSense pada website yang tidak dimiliki oleh Google contohnya  blog, personal website, dsb.

2. Traffic Acquisition Costs - Jumlah pendapatan yang telah dibayar kepada publisher.

3. Paid Clicks - Meskipun Google tidak akan memberikan secara tepat berapakah jumlah peratusan sebenar yang telah dibayar dari iklan Adsense mereka tetapi bahagian ini akan membantu kita memahami sama ada ‘clicks per impression’ meningkat atau menurun. Lebih banyak clicks bererti pendapatan lebih baik untuk publisher dan Google. Sekarang mari kita bandingkan pendapatan data suku-1 2008, suku-2 2008 dan suku3 2008:

 

Q1 2008

Q2 2008

Q3 2008

1. Total Revenue earned by Google from AdSense

$ 1.69 billion

$ 1.66 billion

$ 1.68 billion

2. AdSense Revenue that Google shared with publishers

$ 1.49 billion

$ 1.47 billion

$ 1.50 billion

3. Percentage of revenue share

88.16 %

88.55%

89.29%

4. Paid Clicks

n*1.04%

n*1.03%

n*1.07%

Jadi apakah info yang boleh diperolehi oleh kita sebagai Publisher AdSense.

1. Semakin banyak orang yang mengklik Iklan di Google seperti yang dinyatakan dari pertumbuhan dalam peratusan Paid Clicks (lihat # 4).

2. Jumlah pendapatan iklan yang dihasilkan dari site Publisher AdSense lebih kurang sama sahaja (lihat # 1) tetapi pembahagian revenue oleh Google kepada publisher telah meningkat sedikit (lihat #3).

No comments: