29 November 2009

Karenah Unpaid Buyer

Menjadi lumrah berniaga dalam eBay. Ada kalanya terdapat segelintir buyer yang tidak membuat pembayaran setelah menang bidding. Lebih memenatkan apabila kita buat barang fizikal dan terpaksa hold stock sementara menunggu buyer buat payment. Tambah lagi kalau cuma ada satu item saja. Nak list balik takut pula buyer tadi buat payment lepas tu. Jadi apa yang perlu kita lakukan dalam situasi begini?

Perkara pertama ialah kita perlu menerima bahawa perkara ini adalah hakikat yang perlu kita hadapi apabila menjalankan perniagaan di alam cyber macam eBay. Keep cool. Atok aku pernah pesan, selalu bersangka baik dengan orang. Mungkin mereka ni terlupa atau sibuk dengan kerja harian. Tak sempat nak logon ke eBay untuk check email.

Kita hantar reminder email kepada mereka. Dalam ebay sudah ada template email reminder. So, just hantar email tersebut kepada mereka. Lepas tu tunggu 2-3 hari. Tengok jika ada respond. Jika tiada respond hantarkan sekali lagi email reminder. Tukarkan sedikit pada heading template tersebut kepada "2nd Reminder". Lepas tu tunggu lagi 2-3 hari. (nota: tempoh menunggu bergantung kepada tahap kesabaran anda. Secara default-nya jika tiada pembayaran dalam masa 5 hari dari tarikh auction tamat, kita sudah boleh membuka open dispute melalui ebay.)

Seterusnya jika masih tiada payment dibuat, hantar 3rd and Final Reminder. Kali ini tukarkan sedikit ayat dalam kandungan template tersebut. Tapi aku nasihatkan janganlah gunakan ayat yang keras atau kesat kerana bagi aku ia tidak mendatangkan apa-apa faedah. Gunakan ayat yang lembut tapi firm. Contohnya seperti ini :

" Hello {nama buyer}, It has been # days that you have won this bidding but until now we have not received any payment from you. :( We will wait for another # days for you to make the payment. Unfortunately if we do not receive the item by then, we have no choice but to open a non-payment dispute case with ebay and this will not look good on your record. It will refect on you future buying on eBay. We hope that it will not come to that. Thank you."

Akhir sekali jika masih tidak respond, apa nak buat. Anggaplah bukan rezeki kita. Open dispute ja so kita dapat balik refund fee dari eBay.

Dari pengalaman aku, 50% dari buyer akan respond kepada reminder kita. Dengan syarat kita cakap elok-elok dengan mereka. Antara excuse yang aku terima adalah seperti sibuk tak sempat check email eBay, tak ada duit, gaji tak masuk lagi. Biasa lah, mereka ni pun macam kita juga ada macam-macam komitmen :). Kadang-kadang tu poket kering tapi tak leh tahan nafsu nak beli itu ini.

Selalunya unpaid buyers ni mempunyai feedback yang rendah, antara 0-3 feedback. Kesimpulan yang aku boleh buat ialah mereka ni kurang pengalaman dalam beli barang online. Mungkin mereka tak begitu faham selok belok buat purchasing online lagi.  Wallahualam. Macam atok aku katalah, sangka baik dengan orang.

Actually ada beberapa cara untuk kita mengelak atau at least mengurangkan masalah unpaid buyer ni. Kita boleh set beberapa setting dalam account preference kita. Tapi nantikan aku cerita.


No comments: