13 November 2009

Phoenix Bangkit

Perghhhhhhhhh! Memang dah lama aku dah tak update blog ni. Tah macam mana teringat plak nak update blog ni.

Anyways, sekarang ni aku dah mula nak tinggalkan buat adsense ni. Mungkin aku just maintain whatever websites yang aku dah buat. Sekarang ni aku lebih suka buat ebay. Feel dia lain dari buat adsense ni. Dah tak leh tahan mengadap PC memanjang. Letih dah buat SEO dan backlink ni.

Ebay ni syok skit. Ada elemen2 real business. Buat research product, competition survey, mcm2 lagi dan yg paling aku suka ialah product hunting. Sekarang ni walau kemana aku berjalan, mata asyik liar tengok barang-barang yang aku rasa boleh jual kat ebay. Bukan takat shopping compleks ja, pasar malam, pasar ikan, kedai bunga semua aku survey. heheh..... Apa tidaknya, dari daun ketapang sampai kulit siput babi pun ada orang jual kat sana.

Dan yang lebih penting reason aku nak beralih dari adsense ke ebay ialah kerana income aku berebay dah melebihi income adsense aku! meh...meh...meh...

Anyway, banyak ilmu ebay ni aku belajar kat forum Wang Siber, terutama thread berhingus yang dimulakan oleh Mansurbiz. Aku cadangkan sesiapa yang main ebay ni wajib ikuti thread ni. Tapi panjang dia masyaallah! Tapi kalau tak pecahkan ruyong mana nak dapat sagunya.

Adios.



M. Nasir : Phoenix Bangkit

No comments: