11 December 2008

McAfee VirusScan Plus 2009 - Free

image

Anda boleh dapatkan McAfee VirusScan Plus 2009 dengan lesen update selama setahun secara percuma.

Apa yang anda perlu lakukan ialah klik link ini dan kemudian masukkan kod promosi VSPPROMOCF. Kemudian klik checkout button. Anda kemudian akan diminta untuk create satu account dengan McAfee. (nota : alamat email dan password ini akan menjadi user name dan password apabila anda install program ini nanti)

Antivirus ini berharga US39.99 dan terdiri dari program antivirus, antispyware dan firewall.

Kod promosi ini hanya boleh digunakan sehingga 31 Disember 2008 sahaja.

Wordpress 2.7 Coltrane

Bagi peminat Wordpress, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini Wordpress 2.7 yang menjanjikan feature yang menarik dari versi sebelumnya telah lepas dari beta version.

Anda boleh download di sini http://wordpress.org/download/

13 November 2008

Cara Meletakkan Searchbox dalam Blogger

Penggunaan Searchbox akan menjadi semakin penting apabila semakin bertambahnya contents dalam blog kita. Ini adalah cari paling mudah untuk mewujudkan searchbox. Langkah-langkah :

1. Setelah login ke blogger.com, klik Layout.

2. Klik Page Elements

3. Klik Add a Gadget pada mana-mana bahagian yang hendak diletakkan.

4. Cari dan pilih HTML/Javascript.

5. Taip Search this site atau apasaja yang anda mahu pada Title Box. Anda boleh saja membiarkan bahagian ini kosang saja.

6. Copy n paste code berikut:

<form id=”searchthis” action=”/search” style=”DISPLAY: inline” method=”get”><input id=”search-box” name=”q” size=”25″> <input id=”search-btn” value=”Search” type=”submit”></form>

Nota : Untuk modify kelebaran kotak searchbox tukarkan pada size="XX".

7. Klik Save dan kemudian Preview Blog anda.

25 October 2008

Free Cpanel Hosting Videos Tutorials

image Kepada sesiapa yang berminat nak belajar tentang web hosting sudah tentunya tidak akan lari dari menggunakan fungsi Cpanel.

Bagi yang baru berjinak-jinak nak buat hosting sendiri sudah tentunya akan merasa sedikit gentar bila melihat menu Cpanel buat kali pertama. Nampak macam susah tapi jangan putus asa dengan mudah. Banyak tutorial boleh dijumpai dalam internet. Salah satunya ialah di FreeCpanelDemos.

Terdapat 20 video tutorial kesemuanya contohnya seperti bagaimana nak create domain, subdomain dan redirect.

Selamat mencuba.

FreeCpanelDemos

17 October 2008

Keuntungan Suku-3 Google Meningkat

Uncle G telah mengeluarkan laporan suku ke-3 tahun 2008 berhubung prestasi keuntungannya.

Walaupun Google tidak mennyatakan dengan lengkap peratusan pendapatan iklan dengan AdSense tetapi kita dapat memperolehi beberapa petunjuk dari mereka dari data suku ke-3 ini.

Ada tiga bahagian dalam laporan yang menarik dari perspektif publisher AdSense seperti anda dan saya.

1. Google Network Revenues - ini adalah jumlah pendapatan iklan yang dihasilkan melalui program AdSense pada website yang tidak dimiliki oleh Google contohnya  blog, personal website, dsb.

2. Traffic Acquisition Costs - Jumlah pendapatan yang telah dibayar kepada publisher.

3. Paid Clicks - Meskipun Google tidak akan memberikan secara tepat berapakah jumlah peratusan sebenar yang telah dibayar dari iklan Adsense mereka tetapi bahagian ini akan membantu kita memahami sama ada ‘clicks per impression’ meningkat atau menurun. Lebih banyak clicks bererti pendapatan lebih baik untuk publisher dan Google. Sekarang mari kita bandingkan pendapatan data suku-1 2008, suku-2 2008 dan suku3 2008:

 

Q1 2008

Q2 2008

Q3 2008

1. Total Revenue earned by Google from AdSense

$ 1.69 billion

$ 1.66 billion

$ 1.68 billion

2. AdSense Revenue that Google shared with publishers

$ 1.49 billion

$ 1.47 billion

$ 1.50 billion

3. Percentage of revenue share

88.16 %

88.55%

89.29%

4. Paid Clicks

n*1.04%

n*1.03%

n*1.07%

Jadi apakah info yang boleh diperolehi oleh kita sebagai Publisher AdSense.

1. Semakin banyak orang yang mengklik Iklan di Google seperti yang dinyatakan dari pertumbuhan dalam peratusan Paid Clicks (lihat # 4).

2. Jumlah pendapatan iklan yang dihasilkan dari site Publisher AdSense lebih kurang sama sahaja (lihat # 1) tetapi pembahagian revenue oleh Google kepada publisher telah meningkat sedikit (lihat #3).

Belajar Buat $$$ Sambil Beramal

Russell Brunson seorang jutawan pemasaran internet yang terkenal sedang menjalankan satu cabaran US100 Million Dollar Challenge yang dibuat percuma dan terbuka kepada semua untuk join.

jutawan-miskin

Tujuan cabaran ini dibuat oleh beliau ialah:

  1. Berkongsi teknik pemasaran internet.
  2. Mengembalikan sebahagian keuntungan cabaran ini kepada badan-badan kebajikan.

Pembelajaran adalah dalam bentuk multimedia. Selain itu pembelajaran dibahagikan kepada beberapa tahap dan untuk melepasi tahap tersebut kita perlu melalui beberapa quiz. Bila lulus quiz anda akan diberi password untuk unlock training yang seterusnya.

Oh ya, anda juga diberi blog site untuk membuat catatan perjalanan challenge anda.

Pendapat saya? Tak rugi join kerana ianya PERCUMA.

http://contest.dotcomsecrets.com

12 October 2008

Stomping the Search Engine 2.0

Hari akhirnya setelah 3 minggu memesannya aku terima CD tutorial Stomping the Search Engine 2.0 dari Stomper.net.

jutawan miskin

CD ini memuatkan 2 CD iaitu yang pertama CD siri Stomping the Search Engine 1.0 dan CD kedua untuk Stomping the Search Engine 2.0. Tak tahu kenapa version 1.0 juga diberikan memandangkan version ini memuatkan tutorial secara audio (mp3) sedangkan semuanya ada dalam version 2.0. Version 2.0 menggunakan tutorial secara audio visual.

Yang menariknya CD training ini diberikan PERCUMA cuma perlu bayar kos penghantaran sahaja. Nak tahu berapa? US19.95 (tukar duit Malaysia jadi dalam RM70.00!) So tak lah totally percuma :)

Keseluruhan tutorial ini dipecahkan kepada 7 modul utama dan dipecahkan kepada 36 training video iaitu :

Module 1: Introduction

  • Benefits of SEO
  • Short Term Tactics: Spam & Deception
  • Short Term Strategies: Low-Value Sites
  • The Stomper Way: Aggressive White Hat
  • Now, we wanted to make the course all-inclusive so that even if you're totally new to SEO, you can pick this up and start working TODAY. But if you're experienced at SEO and feeling put off by this seemingly "basic" stuff - think again.

  • Watch this module and let us make our case for doing SEO the "Stomper Way" - 60+ millionaires can't be wrong. Build your empire on a solid foundation and you'll profit long after the competition sinks into the quicksand of a poorly considered, short-term strategy.

Module 2: How Search Engines Work

  • Meet the Players
  • Understanding the SERPs
  • Search Engine Tech - Crawling
  • Search Engine Tech - SERPS
  • Search Engine Ranking Recipes
  • This is where we "open the hood" and get into the actual machinery that comprises the modern search engines. Look, we don't expect you to become a search engineer, but you can't master what you don't understand, at least on a fundamental level.

  • You're going to learn to how the search engines ACTUALLY work, and that understanding will allow you to run circles around competitors who are focusing on all the wrong things. Let them waste their time trying to guess what happened when they drop suddenly to page 10. You don't guess because you KNOW.

Module 3: Keyword & Content Strategy

  • Keyword Strategy Concepts
  • Keyword Research & Discovery
  • Mapping Keywords to Content
  • Competitive Research
  • Tools
  • Remember earlier when I said you need the RIGHT keywords to make money? Most SEO courses would cop-out at this point and say something like "keyword research is beyond the scope of this e-book blah blah"...

  • Instead, we have the world's leading keyword expert tell you EXACTLY what you need to know in order to identify which keywords PAY and how to AVOID wasting time on ones that DON'T. Let the other guy pat himself on the back for ranking #1 on worthless vanity terms. Meanwhile, you're eating his lunch profiting from search terms he doesn't even know exist.

Module 4: Site Structure

  • Site Structure Concepts
  • Designing for Crawlability
  • Anchor Text & Link Reputation
  • Canonicalization & Duplicate Content
  • Using Redirects
  • Improving Your Indexing
  • Review & Takeaways
  • Nothing you've learned so far in STSE2 is going to be any good if your site isn't set up to be good "spider food". The search engines can't index content they can't find. More indexed content means you cast a wider net to catch maximum interested visitors.

  • Do I even need to say AGAIN that more interested visitors = more money? Plus, the MORE content YOU have in the index, the LESS your competition does. Your rival can get his homepage on page 1? So what? You have hundreds, maybe THOUSANDS of pages ranking for just as many keywords.

Module 5: Optimizing Content

  • On Page SEO Introduction
  • Getting Your HEAD Together
  • Optimizing Page Structure
  • Get Your BODY In Shape
  • Creating Unique Content
  • Robots.txt Tutorial
  • While the previous module teaches you how to get the search engines to crawl every page on your site, THIS module makes sure EACH of those entries in the index is MAXIMIZED for the highest rankings over the longest time span.

  • The search engines want GOOD CONTENT - here's how to convince them that your content is the BEST out there. Convince them once and they'll show your content to new searchers every time.

Module 6: Link Building & Promotion

  • Link Building Concepts
  • Assessing Your Position
  • Vertical & General Directories
  • Link Targets & Link Bait
  • Marketing & Promotion
  • Do this one thing right, and it will have more impact on your business than any other single thing you can try. Our twofold approach to link building is where our "White Hat" style borrows the aggressiveness of the "black hat" rebels.

  • You won't just learn WHERE to get links - you'll know how to get people to WANT to link to you for FREE. To your visitors, it will seem like all roads lead to YOUR site and they'll love it, because it verifies that you have what they want.

Module 7: Improving Results

  • What To Measure
  • How To Measure
  • Planning & Processes
  • Review & Resources
  • You're never DONE with SEO, ESPECIALLY if you're in a niche with savvy competition. Don't get into a war of escalation without mastering this module.

  • Learn what metrics REALLY affect your bottom line, and what to focus on to get improved results - every time. Let someone else fret over KEI and keyword density. Focus YOUR attention on the numbers that MATTER, and laugh all the way to the bank.

Mungkin aku boleh belajar sesuatu yang menarik dari CD ni.

11 October 2008

Buang Navigation Bar dari Blogger

Apa itu Blogger Navbar?

Blogger Navbar muncul secara default di bahagian atas setiap Blogger yang baru diwujudkan. Ia tersedia dalam beberapa warna dan dikonfigurasi di Template tab di antarmuka Blogger. Jika anda menggunakan template klasik, anda akan diberi pilihan unutk memilih beberapa warna untuk blog. Untuk menggunakan blog Layouts, hanya klik "edit" link di Navbar Page Element. Blogger memberikan penjelasan yang lebih terperinci di sini.

jutawan miskin

Malangnya Blogger tidak memberikan pilihan untuk menghapus navbar ini dengan mudah kecuali dengan membuat sedikit modifikasi pada template. Berita baiknya adalah anda tidak dianggap melanggar TOS Blogger jika kita membuang Navbar tersebut. Blogger Support menyatakan berikut :

“ While it’s not officially against our TOS, we discourage folks from removing it because we think it’s a great feature with more improvements to come. Follow the above instructions at your own peril, as Blogger controls the TOS and has been known to change it.”

Perubahan perlu dibuat pada stylesheet.

  1. Pertama pergi ke ‘Layout’ => ‘Edit HTML’.
  2. Cari kod yang bermula seperti ini ]]> </b:skin>
  3. Kemudian copy kod yang tertera dibawah dan letakan dibaris sebelum kod pada #2
#navbar-iframe {height:0px;visibility:hidden;display:none}
]]></b:skin>

4. Save template anda.

06 October 2008

Drawing Board

jutawan miskin Sebulan berpuasa sudah pun berlalu. Masuk Oktober ini dah hampir 3 bulan aku melibatkan diri dalam dunia perniagaan internet ni (adsense). Nampaknya hasil kurang memberangsangkan. Memang la buat part time tapi hasil yang diperolehi sikit sangat. So kena kaji strategi dan buat post mortem skit tentang langkah-langkah yang telah dibuat.

Keyword

Ini merupakan masalah yang masih aku hadapi. Nak cari niche keyword tidak semudah yang disangkakan. Kadang-kadang bila dah jumpa susah pula nak buat content. Result dalam google keyword tools pula tak begitu consistent. Cepat berubah-ubah.

Ada kalanya bila dah dapat keyword yang baik, iklan adsense pula tak begitu banyak. Bila iklan adsense banyak, semuanya yang murah-murah ja per click.

Content Creation

Nak dapatkan content juga satu challenge. Memang belambak free content kat article directories tapi yang dimaksudkan ialah membuat original content. Disebabkan masa yang terhad aku cuma ada masa terluang diwaktu malam ja. Very limited time nak buat research untuk create content tu.

Discipline

Ini mungkin kelemahan aku yang paling ketara. Buat kerja ISA (Ikut Suka Aku) dan ikut mood. Lebih memburukkan lagi ialah tiada documentation tentang kerja-kerja yang telah dibuat dan kerja-kerja yang masih pending. Ini menyebabkan aku selalu tak follow through step step yang sepatutnya dibuat untuk sesetengah website aku. E.g. selalu lupa sosial bookmarking mana yang dah submit link.

Kalau satu dua website boleh manage lagi tapi bila dan banyak jadi problem.

Kesimpulan

Rasanya ini adalah kelemahan-kelemahan utama yang perlu aku tangani. Tentang masalah keyword niche tu kena lebih banyak berusaha. Cuba cari keyword yang mahal sikit. Kena luangkan lebih masa untuk buat research dan tulis artikel. Target baru ialah sekurang-kurangnya 1 artikel original dan 1 artikel free sebulan untuk setiap website. Insya Allah boleh buat kot. Discipline…discipline!

Nak kena start buat dokumentation supaya tak berulang lagi kesilapan lalu. Mungkin aku akan buat satu checklist.

Angan-angan…….

Jutawan-fakir Tak salah kalau berangan kan…. :)

Go to http://www.magmypic.com kalau nak buat magazine cover macam ni.

18 September 2008

Semakin Slow di Bulan Puasa

Of soft evening light and after-thoughts...Nampak gayanya dah setengah bulan kita dah berpuasa. Badan pun dah semakin lemah. Asyik mengantuk  awal ja sekarang ni.

Nak update adsense site pon dah tak ada nafsu. Mungkin stop kejap dan sambung semula lepas raya nanti.

Dapat satu niche keyword yang agak ‘cantik’  baru-baru ini. Mungkin buat masa ni try kumpul content dulu. Tak decide lagi nak pakai wordpress atau blogger (advance technique JWA).

Sekarang ini pun aku tak berapa puas hati dengan web hosting yang aku langgan (malaysia punya). Banyak lagg dan selalu downtime. Mungkin sudah tiba masanya aku change hosting.

Ingat nak try yang US punya plak.  Cadang nak upgrade ja free hosting kat 000webhost.com kepada premium paid hosting. Dalam Rm205 setahun. Dapat unlimited disk space, unlimited data transfer dan yang paling penting unlimited add-on domains. Cukup menarik.

Tapi masalahnya nak transfer wordpress to new server ni complicated sikit kerana ia melibatkan MySQL database. Tak pernah buat so rasa cuak sikit. Tapi kalau tak buat sampai bila nak belajarkan :).

Tak apalah. Aku akan decide lepas raya ni.

16 September 2008

Damn You Streamyx !!

I’m getting lousy slow line from streamyx since last week in my area. But I also heard that this is happening all over Malaysia. Even my website hosting had send me email that their services in Putrajaya is having problems due to TMNet.

Woi TMNet please get your act together man! Just because you monopolised the internet services dosen’t mean you guys can lepak and take your own sweet time solving this issue.  Kalau kat negara lain dah lama dah korang tutup kedai sebab semua customer lari ke ISP lain.

DAMN !

14 September 2008

Awal Mula Pertama Mula

Buku pertama yang aku beli untuk mengetahui tentang perniagaan internet ni ialah buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar oleh Irfan Khairi. Itu ialah 3 tahun yang lepas kalau tak silap. Hemm... menarik, nampak macam mudah. Tapi semangat cuma tinggal semangat ja :). Waktu tu terlalu sibuk dengan urusan kerja. Anak-anak pun masih kecil.

Jan 2008. Teringat kembali semangat yang hilang. Nak tahu juga lebih lanjut pasal internet business ni. Adsense nampak macam menarik. Stremyx pun dah ada kat area rumah aku. Daripada asyik check email dan browse tak tentu hala, why not try. OK lah, kali ni kena kuatkan azam. Nak menguatkan motivasi kena labur duit skit. baru boleh dapat motivasi. Manusia ni kalau buat sesuatu yang tak kena keluar duit memang selalunya akan buat kerja sambil lewa ja. Tapi nak buat business ni part time ja so mungkin ambil masa skit untuk dapatkan result.

So buat homework skit. Search website nak cari ada training atau ebook yang boleh bagi tunjuk ajar how to start up internet business. Pencarian lebih ke arah google adsense dan affiliate marketing. Bagi rakyat Malaysia yang baru nak start jangan terkejut kerana anda akan terjumpa banyak promosi-promosi dan ebook yang menjaja teknik belajar internet business ni dari orang Malaysia sendiri.

Penghujung March, cari punya cari akhirnya berkenan dengan Jana Wang Adsense(JWA) yang ditulis oleh Mr Nawar. Harga dalam RM100. Dapat ebook dan software. Beli!

Ambil masa 2 bulan untuk go through buku ni. Lama? Memang la.....part time. Sambil-sambil tu belajar Wordpress. Tapi buku ni ajar lebih ke arah buat site guna Blogger. Tak kisah lah.

Jun 2008. Cekalkan hati. Start buat keyword search dan start buat 1st website guna teknik JWA. Target yang ingin dicapai : hanya nak tahu step-step yang diajar dalam JWA. Akhirnya berjaya buat satu tapi tak begitu menjadi. Its OK yang penting nak cuba ikut step dari A - Z.

Kesimpulan. Bukan senang nak senang! Kepada anda yang ingat nak buat perniagaan internet ni Easy Money, STOP NOW dan lupakan lah. Baik pergi meniaga kat pasar malam ;). Bukan nak melemahkan semangat anda tetapi itu adalah realiti. Memang perniagaan internet ni tak perlu modal banyak dan ada yang kata tak perlu keluar modal langsung. Tapi yang akan anda laburkan ialah kos minda dan kos masa anda. Lebih-lebih lagi MASA! Selain kena tahu perkara-perkara asas seperti macam mana nak register adsense dan create website, anda juga perlu ada pengetahuan seperti SEO, SERP, Backlink, Page Optimization…… apa lagi…. Content Creation, RSS Submission, dan banyak lagi. Pendek kata anda akan menghabiskan lebih banyak masa selepas website adsense siap. Banyak step-step yang perlu dilakukan bagi menentukan site anda mendapat tempat yang terbaik di Google Search.

Blog ini akan aku gunakan untuk mencatat perkembangan perjalanan mencari pendapatan melalui perniagaan internet (remember I’m doing this part time). Sama ada berjaya atau tidak, wallah huallam. Ini adalah perjalanan seorang jutawan miskin yang berangan-angan untuk menjadi seorang jutawan sebenar satu hari nanti. Tak salah kalau berangan kan? :)