23 February 2009

Tukar Font Google Adsense

Anda kini boleh menukar font iklan adsense anda kepada font yang lebih menarik atau sekurang-kurangnya font yang sama yang digunakan dalam website anda.
adsense fonts

Walau bagaimana pun buat masa ini cuma 3 fonts yang boleh digunakan iaitu Arial, Times dan Verdana.
Selamat mencuba.

16 February 2009

Cara Untuk Convert Blog dari Wordpress ke Blogger

Wow! Dah lama tak update blog ini. Sibuk. Nampak gaya buat kerja partime cari duit ni secara online ni memang mencabar, terutama faktor masa. Maklumlah dengan kerja tetap ni waktu siang 8-30am - 5.30pm memang tak leh buat apa dah. Pas tu lak sampai rumah dan senja. 7.30pm hantar anak-anak ngaji/tution. Pendek kata lepas jam 10pm baru lah ada masa skit untuk buat kerja peribadi. Tapi by that time badan pon dan letih, mata pon dah nyantok.

Kalau ada masa sikit pon pada Sabtu/Ahad. Tu pun tak tolak lagi gi pasar, cuci keta, kemas laman, ziarah mak/abah, tolong anak2 buat keja skolah dll. Tolak pi tolak mai, malam ja yang free.

Anyways, aku terjumpa satu website yang boleh tolong kita convert blog kita dari wordpress ke Blogger. Mungkin ada yang nak berhijrah. Just follow step by step arah tu.

Convert Wordpress to Blogger

05 February 2009

PPC Web Spy – Keyword Search Tool PERCUMA dari Brad Callen

PPC Web Spy adalah produk terbaru dari Brad Callen, internet marketer terkenal yang telah mengeluarkan 2 produk yang tidak asing lagi Keyword Elite dan SEO Elite.

Kini produk terbaru yang dilancarkan diberi nama PPC Web Spy. PPC Web Spy adalah Firefox add-on yang boleh digunakan untuk membuat keyword search tools.  Fungsi nya cukup mudah.

Setelah anda download dan install add-on ini ke dalam Firefox browser, anda cuma perlu ke web pakcik google dan taipkan pencarian google didalam kotak pencarian seperti biasa. Cuma kali ini anda akan dapat lihat  satu butang hijau yang memaparkan perkataan ‘view keywords’ pada paparan search result.

PPC Web Spy

Klik butang hijau akan memaparkan popup windows yang menyenaraikan senarai 10 keywords yang telah digunakan oleh website  tersebut berserta detail info seperti Average CPC, Max CPC, Click per Day, Cost per Day untuk setiap keywords.

PPC Web Spy

Yang bestnya ia menawarkan versi percuma selain versi berbayar yang sudah tentunya mempunyai lebih banyak features. Bagi saya versi PERCUMA juga sudah cukup berguna.

Sila lihat video untuk memdapat gambaran sebenar tool ini. Link untuk download PPC Web Spy Versi PERCUMA ada di bawah.

 

DOWNLOAD VERSI PERCUMA PPC WEB SPY