18 September 2008

Semakin Slow di Bulan Puasa

Of soft evening light and after-thoughts...Nampak gayanya dah setengah bulan kita dah berpuasa. Badan pun dah semakin lemah. Asyik mengantuk  awal ja sekarang ni.

Nak update adsense site pon dah tak ada nafsu. Mungkin stop kejap dan sambung semula lepas raya nanti.

Dapat satu niche keyword yang agak ‘cantik’  baru-baru ini. Mungkin buat masa ni try kumpul content dulu. Tak decide lagi nak pakai wordpress atau blogger (advance technique JWA).

Sekarang ini pun aku tak berapa puas hati dengan web hosting yang aku langgan (malaysia punya). Banyak lagg dan selalu downtime. Mungkin sudah tiba masanya aku change hosting.

Ingat nak try yang US punya plak.  Cadang nak upgrade ja free hosting kat 000webhost.com kepada premium paid hosting. Dalam Rm205 setahun. Dapat unlimited disk space, unlimited data transfer dan yang paling penting unlimited add-on domains. Cukup menarik.

Tapi masalahnya nak transfer wordpress to new server ni complicated sikit kerana ia melibatkan MySQL database. Tak pernah buat so rasa cuak sikit. Tapi kalau tak buat sampai bila nak belajarkan :).

Tak apalah. Aku akan decide lepas raya ni.

16 September 2008

Damn You Streamyx !!

I’m getting lousy slow line from streamyx since last week in my area. But I also heard that this is happening all over Malaysia. Even my website hosting had send me email that their services in Putrajaya is having problems due to TMNet.

Woi TMNet please get your act together man! Just because you monopolised the internet services dosen’t mean you guys can lepak and take your own sweet time solving this issue.  Kalau kat negara lain dah lama dah korang tutup kedai sebab semua customer lari ke ISP lain.

DAMN !

14 September 2008

Awal Mula Pertama Mula

Buku pertama yang aku beli untuk mengetahui tentang perniagaan internet ni ialah buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar oleh Irfan Khairi. Itu ialah 3 tahun yang lepas kalau tak silap. Hemm... menarik, nampak macam mudah. Tapi semangat cuma tinggal semangat ja :). Waktu tu terlalu sibuk dengan urusan kerja. Anak-anak pun masih kecil.

Jan 2008. Teringat kembali semangat yang hilang. Nak tahu juga lebih lanjut pasal internet business ni. Adsense nampak macam menarik. Stremyx pun dah ada kat area rumah aku. Daripada asyik check email dan browse tak tentu hala, why not try. OK lah, kali ni kena kuatkan azam. Nak menguatkan motivasi kena labur duit skit. baru boleh dapat motivasi. Manusia ni kalau buat sesuatu yang tak kena keluar duit memang selalunya akan buat kerja sambil lewa ja. Tapi nak buat business ni part time ja so mungkin ambil masa skit untuk dapatkan result.

So buat homework skit. Search website nak cari ada training atau ebook yang boleh bagi tunjuk ajar how to start up internet business. Pencarian lebih ke arah google adsense dan affiliate marketing. Bagi rakyat Malaysia yang baru nak start jangan terkejut kerana anda akan terjumpa banyak promosi-promosi dan ebook yang menjaja teknik belajar internet business ni dari orang Malaysia sendiri.

Penghujung March, cari punya cari akhirnya berkenan dengan Jana Wang Adsense(JWA) yang ditulis oleh Mr Nawar. Harga dalam RM100. Dapat ebook dan software. Beli!

Ambil masa 2 bulan untuk go through buku ni. Lama? Memang la.....part time. Sambil-sambil tu belajar Wordpress. Tapi buku ni ajar lebih ke arah buat site guna Blogger. Tak kisah lah.

Jun 2008. Cekalkan hati. Start buat keyword search dan start buat 1st website guna teknik JWA. Target yang ingin dicapai : hanya nak tahu step-step yang diajar dalam JWA. Akhirnya berjaya buat satu tapi tak begitu menjadi. Its OK yang penting nak cuba ikut step dari A - Z.

Kesimpulan. Bukan senang nak senang! Kepada anda yang ingat nak buat perniagaan internet ni Easy Money, STOP NOW dan lupakan lah. Baik pergi meniaga kat pasar malam ;). Bukan nak melemahkan semangat anda tetapi itu adalah realiti. Memang perniagaan internet ni tak perlu modal banyak dan ada yang kata tak perlu keluar modal langsung. Tapi yang akan anda laburkan ialah kos minda dan kos masa anda. Lebih-lebih lagi MASA! Selain kena tahu perkara-perkara asas seperti macam mana nak register adsense dan create website, anda juga perlu ada pengetahuan seperti SEO, SERP, Backlink, Page Optimization…… apa lagi…. Content Creation, RSS Submission, dan banyak lagi. Pendek kata anda akan menghabiskan lebih banyak masa selepas website adsense siap. Banyak step-step yang perlu dilakukan bagi menentukan site anda mendapat tempat yang terbaik di Google Search.

Blog ini akan aku gunakan untuk mencatat perkembangan perjalanan mencari pendapatan melalui perniagaan internet (remember I’m doing this part time). Sama ada berjaya atau tidak, wallah huallam. Ini adalah perjalanan seorang jutawan miskin yang berangan-angan untuk menjadi seorang jutawan sebenar satu hari nanti. Tak salah kalau berangan kan? :)