31 December 2009

Ebay Cuci Rumah

Ebay sekarang ni tengah mengamok cuci rumah. Ramai yang akaun kena suspend. Ada yang kena selling limit. Siapa yang main barang2 VERO tu hati-hati.

Aku pun ingat nak rehat jap. Penat sale Krismas hari tu tak hilang lagi. Sekolah pun dah nak buka so better concentrate lebih sikit keperluan anak2 nak sekolah ni. Siapa yang ada anak tau lah dia berapa banyak perbelanjaan kena keluar setiap kali buka sekolah. Aku ada 3 orang.

Tahun ni pakaian sekolah, peralatan sekolah, buku2 dan yuran sekolah semuanya eBay sponsor.

Tengkieq eBay !

08 December 2009

Krismas Untuk Customer...Hari Raya Untuk Aku!

Wah!, memang best berebay musim Krismas tahun ni. Ini adalah kali pertama pengalaman aku menjual di musim Krismas di eBay. Kalau la aku tahu betapa masyuknya berniaga kat eBay dah lama aku buat. 90% item aku jual semua terjual, macam goreng pisang panas daaaaaa....... Second chance offer lagi.

Next year aku nak prepare lebih lengkap lagi. Kasi pulas full trottle. Now back to envelope sticking and stamp licking...heheh

29 November 2009

Karenah Unpaid Buyer

Menjadi lumrah berniaga dalam eBay. Ada kalanya terdapat segelintir buyer yang tidak membuat pembayaran setelah menang bidding. Lebih memenatkan apabila kita buat barang fizikal dan terpaksa hold stock sementara menunggu buyer buat payment. Tambah lagi kalau cuma ada satu item saja. Nak list balik takut pula buyer tadi buat payment lepas tu. Jadi apa yang perlu kita lakukan dalam situasi begini?

Perkara pertama ialah kita perlu menerima bahawa perkara ini adalah hakikat yang perlu kita hadapi apabila menjalankan perniagaan di alam cyber macam eBay. Keep cool. Atok aku pernah pesan, selalu bersangka baik dengan orang. Mungkin mereka ni terlupa atau sibuk dengan kerja harian. Tak sempat nak logon ke eBay untuk check email.

Kita hantar reminder email kepada mereka. Dalam ebay sudah ada template email reminder. So, just hantar email tersebut kepada mereka. Lepas tu tunggu 2-3 hari. Tengok jika ada respond. Jika tiada respond hantarkan sekali lagi email reminder. Tukarkan sedikit pada heading template tersebut kepada "2nd Reminder". Lepas tu tunggu lagi 2-3 hari. (nota: tempoh menunggu bergantung kepada tahap kesabaran anda. Secara default-nya jika tiada pembayaran dalam masa 5 hari dari tarikh auction tamat, kita sudah boleh membuka open dispute melalui ebay.)

Seterusnya jika masih tiada payment dibuat, hantar 3rd and Final Reminder. Kali ini tukarkan sedikit ayat dalam kandungan template tersebut. Tapi aku nasihatkan janganlah gunakan ayat yang keras atau kesat kerana bagi aku ia tidak mendatangkan apa-apa faedah. Gunakan ayat yang lembut tapi firm. Contohnya seperti ini :

" Hello {nama buyer}, It has been # days that you have won this bidding but until now we have not received any payment from you. :( We will wait for another # days for you to make the payment. Unfortunately if we do not receive the item by then, we have no choice but to open a non-payment dispute case with ebay and this will not look good on your record. It will refect on you future buying on eBay. We hope that it will not come to that. Thank you."

Akhir sekali jika masih tidak respond, apa nak buat. Anggaplah bukan rezeki kita. Open dispute ja so kita dapat balik refund fee dari eBay.

Dari pengalaman aku, 50% dari buyer akan respond kepada reminder kita. Dengan syarat kita cakap elok-elok dengan mereka. Antara excuse yang aku terima adalah seperti sibuk tak sempat check email eBay, tak ada duit, gaji tak masuk lagi. Biasa lah, mereka ni pun macam kita juga ada macam-macam komitmen :). Kadang-kadang tu poket kering tapi tak leh tahan nafsu nak beli itu ini.

Selalunya unpaid buyers ni mempunyai feedback yang rendah, antara 0-3 feedback. Kesimpulan yang aku boleh buat ialah mereka ni kurang pengalaman dalam beli barang online. Mungkin mereka tak begitu faham selok belok buat purchasing online lagi.  Wallahualam. Macam atok aku katalah, sangka baik dengan orang.

Actually ada beberapa cara untuk kita mengelak atau at least mengurangkan masalah unpaid buyer ni. Kita boleh set beberapa setting dalam account preference kita. Tapi nantikan aku cerita.


20 November 2009

Teknik Kajian Produk Fizikal Ebay Percuma - Zacky

Dah terbit. ebook percuma 49 mukasurat dari Zakaria Bin Mohd Ali  (aka Zacky). Kalau anda salah seorang yang selalu mengikuti thread Dairi Usahawan eBay Berhingus kat forum Wangcyber maka tak perlu lah saya perkenalkan siapa dia Zacky ni.

Kalau pertama kali dengar, Zacky ni salah seorang pakar dalam selok belok berniaga dalam ebay. Beliau banyak berkongsi tips dan rahsia-rahsia ebay yang mungkin dalam seminar2 atau PC (Personal Coaching) berbayar pon tak di ajar. Selain dari berkongsi ilmu di dalam forum beliau juga banyak mengadakan gathering terutama di KL. Kalau sesiapa yang berminat nak start berebay aku recommend sangat2 join gathering ni.

Apa pon, ebook ini adalah bentuk visual guide tentang bagaimana hendak melakukan product research yang sememangnya amat penting sekiranya hendak berjaya dalam business ebay. Seperti yang dimaklumkan dalam ebook tersebut, ia merupakan beberapa teknik2 asas sahaja. Teknik2 lebih advance akan muncul tak lama lagi tapi kena bayar larrrrrr...tak kan semua nak bagi free. Thanks Zacky.

Download ebook dari Zacky di SINI.

16 November 2009

eBay Image Hosting Menggunakan Dropbox Online

Aku tau memang banyak image hosting site kat luar sana tu (free dan berbayar). So tau mau nak mention satu per satu. Tapi hari ni aku nak cerita tentang Online Storage yang bernama Dropbox.

Dropbox ni bukan saja sebagai online storage, tapi juga boleh diguna sebagai file sync. Macam aku ni pakai 2 PC(rumah & office) and 1 laptop memang menyusahkan nak copy masuk USB drive. Kalau gunakan Dropbox ni kita cuma copy atau save file ke folder khas My Dropbox dalam computer kita tu dan ia akan terus sync ke online storage. So bila balik rumah dan on PC dan internet, Dropbox akan automatik sync file tadi ke PC.

Tapi itu bukan cerita sebenar yang aku nak cerita. Mungkin korang tanya, apa yang specialnya untuk guna dengan ebay? Feature yang paling menarik yang menyebabkan aku suka pakai Dropbox ini ialah kita boleh dapatkan image link terus dari windows explore.

Folder yg wujud setelah install Dropbox



Right Click mouse atas file yg berkaitan dan click Copy Public Link


Rupa link yang boleh dilihat bila paste dalam notepad

Kini anda boleh lah paste kan link tersebut dalam mana-mana HTML editor atau Turbo Lister atau Selling List kat eBay tu. Mudah.

Untuk account percuma Dropbox anda mendapat 2GB storage. Dan anda boleh mendapat sehingga 3GB jika anda recommend 4 orang untuk gunakan Dropbox ni (250MB seorang). So gunakan link ini untuk dapatkan Dropbox. Saya memerlukan 3 orang  lagi. :)



Yahoo Messenger 10 dah release

YM Version 10 dah keluar dari beta. Boleh download kat http://messenger.yahoo.com/

Sebenarnya aku sendiri tak pakai YM client. Aku pakai Pidgin yang aku rasa lebih menarik dan simple. Boleh intergrate dengan MSN, AIM, Google Talk, ICQ, Facebook, Twitter, Myspace dan sudah tentunya Yahoo Messenger.

13 November 2009

Phoenix Bangkit

Perghhhhhhhhh! Memang dah lama aku dah tak update blog ni. Tah macam mana teringat plak nak update blog ni.

Anyways, sekarang ni aku dah mula nak tinggalkan buat adsense ni. Mungkin aku just maintain whatever websites yang aku dah buat. Sekarang ni aku lebih suka buat ebay. Feel dia lain dari buat adsense ni. Dah tak leh tahan mengadap PC memanjang. Letih dah buat SEO dan backlink ni.

Ebay ni syok skit. Ada elemen2 real business. Buat research product, competition survey, mcm2 lagi dan yg paling aku suka ialah product hunting. Sekarang ni walau kemana aku berjalan, mata asyik liar tengok barang-barang yang aku rasa boleh jual kat ebay. Bukan takat shopping compleks ja, pasar malam, pasar ikan, kedai bunga semua aku survey. heheh..... Apa tidaknya, dari daun ketapang sampai kulit siput babi pun ada orang jual kat sana.

Dan yang lebih penting reason aku nak beralih dari adsense ke ebay ialah kerana income aku berebay dah melebihi income adsense aku! meh...meh...meh...

Anyway, banyak ilmu ebay ni aku belajar kat forum Wang Siber, terutama thread berhingus yang dimulakan oleh Mansurbiz. Aku cadangkan sesiapa yang main ebay ni wajib ikuti thread ni. Tapi panjang dia masyaallah! Tapi kalau tak pecahkan ruyong mana nak dapat sagunya.

Adios.



M. Nasir : Phoenix Bangkit

17 April 2009

RefererX 4.0 review

Saya telah purchase RefererX 3.0 penghujung tahun lalu. Walau bagaimana pun setelah menggunakannya selama beberapa kali hasil yang diperolehi kurang memberangsangkan. Program tersebut bukan saja kurang membawa traffic ke website yang di promote tetapi juga software tersebut juga memakan resource CPU dengan agak tinggi, menyebabkan PC menjadi slow. Disamping itu juga terdapat banyak error pop-up dan kadang kalanya program tersebut crash dengan sendirinya. So dipendekkan cerita saya telah stop menggunakannya.
Seminggu yang lepas saya menerima email dari ReferrerX memaklumkan version 4.0 telah dilancarkan. Mulanya agak skeptical untuk download tetapi memandangkan upgrade ini FREE kepada pelanggan lama so what the hell, try lah juga.

Berikut adalah review awal yang saya lakukan setelah run program ini buat kali pertama.

1. Berikut adalah perbezaan interface ReferrerX 3.0 dengan RefererX 4.0

refererx - 3 main

refererx - main

Perbezaan ketara yang boleh dilihat dari version 3.0 ialah wujud tab untuk penggunaan proxy, tab website dimana pencarian url boleh dibuat dari Yahoo Search Engine dan juga url dari Blogspot site. Tab Setup dan How-to masih belum berfungsi lagi. Selain dari itu tiada lagi Refering method Level 1 & Level 2.

2. Berikut adalah hardware & software setting yang digunakan :

  • Windows XP Pro Sp3
  • Pentium 4 2.8Ghz HT
  • 1 GB Ram
  • Streamyx 512
  • Database : harvest dari Blogspot (22,765 url)
  • Masa diambil untuk complete run database : 10+ jam
  • Working proxies : 216
  • Website yang dipromote untuk testing = favorgifts.co.cc

3. Program telah run pada 10 April dan data yang dikumpul adalah sehingga 14  April. Graf di ambil dari Google Analytic.

refererx - analytic

  • 10 April = 0
  • 11 April = 5
  • 12 April = 62
  • 13 April = 22
  • 14 April = 34

JUMLAH TRAFIK = 123

4. Berikut adalah trafic feed dari favorgifts.co.cc dan juga dari salah satu site blogspot yang di refer.

favorgifts.co.cc

Referer Site

refererx - trafic refererx - link

5. Kedudukan SERP Google

Tersenarai di muka pertama google.com melalui pencarian ‘favor gifts’. WOW!! Klik image untuk full view.

refererx - serp

6. KESIMPULAN

Sepanjang tempoh testing, keseluruhannya berjalan dengan baik kecuali sekali keluar pop-up berhubung penggunaan proxy.

refererx - proxy alert

Dari 22,765 url yang di refer, hasilnya cuma 123 trafic yang diterima selama 4 hari. Berbaloi? Mungkin terlalu awal untuk saya menilai. Lagi pun database yang digunakan adalah dari blogspot iaitu very general target. Mungkin lepas ini akan dibuat testing pakai Yahoo search yang membolehkan kita lebih target specific dan niche.

Satu komen saya ialah apabila refererX digunakan ia akan ‘sedut’ seluruh bandwidth internet anda menyebabkan anda hampir tidak boleh mengunakan program internet yang lain seperti browsing dan lain-lain. Mungkin RefererX boleh memasukkan feature yang membolehkan kita set limit bandwidth yang boleh diguna oleh RefererX.

Satu lagi value added service yang mungkin boleh diberikan oleh RefererX ialah dengan menyediakan senarai working proxies list yang boleh di download dan diletakkan di website RefererX. Ini bagi memudahkan pengguna program ini mendapatkan fresh working proxies list. List ini mungkin boleh di update secara mingguan so tak perlu lagi mendapatkan list dari website lain.

 

Nak sentuh sikit tentang motto RefererX ini, “The Smart Way to Make Money With Autopilot”. Ia agak missleading sikit sebab RefererX ni tak boleh buat duit untuk anda. Mungkin indirectly, yes. Sebab ia hanyalah satu tool untuk menarik traffic ke website anda. Yang akan buat duit untuk anda ialah jika pengunjung dari trafic tersebut klik iklan (e.g. adsense) atau beli produk (e.g. clickbank) yang anda promosikan. So ingat, RefererX hanyalah tool untuk menarik traffic ke website yang dipromosikan.

Keseluruhannya, RefererX boleh membantu Internet Markerter (IM) dalam menarik traffic dan juga membantu meningkatkan SERP dalam Google.

23 February 2009

Tukar Font Google Adsense

Anda kini boleh menukar font iklan adsense anda kepada font yang lebih menarik atau sekurang-kurangnya font yang sama yang digunakan dalam website anda.
adsense fonts

Walau bagaimana pun buat masa ini cuma 3 fonts yang boleh digunakan iaitu Arial, Times dan Verdana.
Selamat mencuba.

16 February 2009

Cara Untuk Convert Blog dari Wordpress ke Blogger

Wow! Dah lama tak update blog ini. Sibuk. Nampak gaya buat kerja partime cari duit ni secara online ni memang mencabar, terutama faktor masa. Maklumlah dengan kerja tetap ni waktu siang 8-30am - 5.30pm memang tak leh buat apa dah. Pas tu lak sampai rumah dan senja. 7.30pm hantar anak-anak ngaji/tution. Pendek kata lepas jam 10pm baru lah ada masa skit untuk buat kerja peribadi. Tapi by that time badan pon dan letih, mata pon dah nyantok.

Kalau ada masa sikit pon pada Sabtu/Ahad. Tu pun tak tolak lagi gi pasar, cuci keta, kemas laman, ziarah mak/abah, tolong anak2 buat keja skolah dll. Tolak pi tolak mai, malam ja yang free.

Anyways, aku terjumpa satu website yang boleh tolong kita convert blog kita dari wordpress ke Blogger. Mungkin ada yang nak berhijrah. Just follow step by step arah tu.

Convert Wordpress to Blogger

05 February 2009

PPC Web Spy – Keyword Search Tool PERCUMA dari Brad Callen

PPC Web Spy adalah produk terbaru dari Brad Callen, internet marketer terkenal yang telah mengeluarkan 2 produk yang tidak asing lagi Keyword Elite dan SEO Elite.

Kini produk terbaru yang dilancarkan diberi nama PPC Web Spy. PPC Web Spy adalah Firefox add-on yang boleh digunakan untuk membuat keyword search tools.  Fungsi nya cukup mudah.

Setelah anda download dan install add-on ini ke dalam Firefox browser, anda cuma perlu ke web pakcik google dan taipkan pencarian google didalam kotak pencarian seperti biasa. Cuma kali ini anda akan dapat lihat  satu butang hijau yang memaparkan perkataan ‘view keywords’ pada paparan search result.

PPC Web Spy

Klik butang hijau akan memaparkan popup windows yang menyenaraikan senarai 10 keywords yang telah digunakan oleh website  tersebut berserta detail info seperti Average CPC, Max CPC, Click per Day, Cost per Day untuk setiap keywords.

PPC Web Spy

Yang bestnya ia menawarkan versi percuma selain versi berbayar yang sudah tentunya mempunyai lebih banyak features. Bagi saya versi PERCUMA juga sudah cukup berguna.

Sila lihat video untuk memdapat gambaran sebenar tool ini. Link untuk download PPC Web Spy Versi PERCUMA ada di bawah.

 

DOWNLOAD VERSI PERCUMA PPC WEB SPY

10 January 2009

Article Samurai – Unique Article Spinner

Article Samurai adalah sebuah program article spinner yang menjanjikan satu program yang memudahkan kerja-kerja ‘spinning’ artikel kepada sebuah artikel yang unik. Dalam erti kata yang lain sebuah artikel yang original.

Kaedah spinning ini telah menjadi satu lumrah bagi blogger dan mereka-mereka yang mengendalikan laman web yang bermotifkan keuntungan (seperti menggunakan Goole Adsense).  Google amat menitikberatkan tentang kandungan sesuatu laman web dalam memberikan rangking sesuatu laman web dalam search engine-nya. Jadi bagi memastikan laman web/blog  mereka mendapat tempat yang baik dalam Google Search Engine maka kandungan yang unik/original diperlukan.

Berikut adalah review saya berkenaan Article Samurai :

Antara muka

Interface program ni very simple dan straight forward. Disebelah atas ada box dimana anda perlu copy dan paste original article tu atau pun sekiranya anda mempunyai article dalam bentuk text file (.txt) anda cuma perlu clik button ‘Load File’ dan select file tu.

article-samurai

Langkah seterusnya ialah cuma click button ‘Make it Unique’ dan tunggu beberapa minit (atau saat) untuk mendapatkan article baru anda yang akan dipaparkan di box sebelah bawah. Oh ya, anda perlu mempunyai akses internet ketika hendak menggunakan software ini.

Bila dah selesai just tekan butang ‘Save’.

Support

Memandangkan betapa simple nya program ini anda mungkin tidak memerlukan apa-apa support dari author program ni.

Installation

Selepas selesai proses pembayaran anda akan diberi satu link melalui email untuk download program ini (proses pengesahan pembayaran memerlukan masa 12-24 jam). Jangan terkejut bila mendapati saiz program ni kurang dari 100k. Selepas install, program itu akan memaparkan satu security code yang mana anda perlu email code tersebut kepada author program ni. Dia kemudian akan email serial number untuk register program ni. Hanya selepas itu baru anda boleh menggunakan article samurai.

Limitasi program ini ialah dari segi registration security-nya iaitu anda tidak boleh install program ini lebih dari satu PC. Program ini akan memberikan security code yang berbeza-beza sekiranya anda cuba install di PC lain.

Sebelum itu anda juga perlu install Microsoft .NET Framework 3.5. Linknya juga akan diberikan dalam email tu nanti. Saiz install file dalam 37MB.

PC saya dah ada .NET 2.5 dan Article Samurai ini boleh digunakan juga. Cuma kadang-kadang akan keluar pop-up error window setelah membuat conversion 2-3 articles berturut-turut. Tapi yang bestnya walau pun dah keluar pop-up error program ini masih boleh digunakan. Cuma jangan click butang "Close" pada pop-up error window tu. :)

article-samurai 

Spinning Article

Berikut adalah perbandingan artikel yang asal dan yang telah di spin.

ASAL

Family Fun - Fishing

They say that if you go fishing once, you're hooked (if you don't mind the pun).  With over 50 million people citing fishing as being a major hobby/sport they partake in during their leisure time, there may be something in this.  So, how can the whole family have fun fishing?

Types of fishing

The first thing to note is that fishing is a very broad term, which is not made any narrow by replacing it with the phrase angling.  Nevertheless, the two basic forms of fishing are fresh water fishing, on rivers and streams inland, and salt water fishing, out on the open sea.  While it is possible to enjoy both forms of fishing, in most cases people who enjoy one type of fishing over another usually stick to it.

Fresh water fishing

Of the two principal types of fishing, probably the more favored one with families is fresh water fishing as it provides families with the chance to take lovely holidays when they can not only go fishing but also do other activities.  For example, a boat trip along one of the many inland rivers and streams available not only allows you the chance to do some fishing but in the evenings you can go into local towns and cities and do some shopping and see the sites.  Also, if the children want to spend some time doing things other than fishing, fresh water fishing is far more likely to be able to let them do this than if you are several miles out to sea doing some sea water fishing.

Deep sea fishing

If your family love the water, then one type of fishing that is always enjoyable is deep sea fishing ? such as fishing for tuna.  Not only can this provide you with all the thrills associated with fishing, but you can also go scuba diving or snorkeling ? thus making a memorable holiday for everyone in the family.

SPIN ARTICLE

Family Fun - Fishing

They say that if you go fishing once you're connected (if you do not mind the pun). With more than 50 million people, citing fishing as a hobby / sport participate during their free time, there is something May is in this regard. So how can the whole family can enjoy fishing?

Types of fishing

The first thing to remember is that fishing is a general term that is not limited by the fact substitute the term fishing. However, the two basic forms of fishing are fishing in freshwater rivers and streams in the interior, fish and salt water in the open sea. If it is possible to take advantage of these two forms of fishing, in most cases people who have a type of fishing on another usually take.

Freshwater fishing

Of the two main types of fishing, probably the most favorable for families is a freshwater fishing, and provide families with the opportunity to take vacations when they can not be charming fishing, but also other activities . For example, a boat ride along one of the many rivers and streams can not only an opportunity to do some fishing at night but can go to local cities and do a little shopping and seeing the sites. In addition, if the children want to spend time doing things other than fishing, freshwater fishing are much more likely to be able to let them do this if you are several miles off the water sea fishing.

Deep sea fishing

If your family love the water and then a kind of fishing is always good fishing in deep waters, such as tuna. Not only can provide you with all the emotions associated with fishing, but in May you go diving or diving with a memorable holiday for everyone in the family.

Menggunakan software Content Checkup (dapatkan disini secara percuma), ia mengatakan bahawa kandungan artikel yang dispin adalah lebih 86% unik.

article-samurai-02

Sekarang mari kita buat perbandingan perenggan pertama artikel ini.

ASAL

They say that if you go fishing once, you're hooked (if you don't mind the pun).  With over 50 million people citing fishing as being a major hobby/sport they partake in during their leisure time, there may be something in this.  So, how can the whole family have fun fishing?

SPIN

They say that if you go fishing once you're connected (if you do not mind the pun). With more than 50 million people, citing fishing as a hobby / sport participate during their free time, there is something May is in this regard. So how can the whole family can enjoy fishing?

1. telah ditukar ayat ‘hooked’ kepada ‘connected’. Pilihan ayat yang kurang sesuai. Mungkin perkataan ‘addicted’ lebih sesuai.

2. memendekkan ayat ‘as being a major hobby’ kepada ‘as a hobby’. GOOD! Maksud tak lari.

3. tukar ‘they partake’ kepada ‘participate’. GOOD!

4. tukar ‘there may be something in this’ kepada ‘there is something May is in this regard’.  KANTOI.

5. tukar ‘have fun’ kepada ‘can enjoy’. GOOD.

 

Kesimpulan

Article Samurai ni, pendapat aku memang bagus sebagai sebuah program article spinning. Ketepatan conversion dia berbeza dari satu article ke satu article tapi secara umum dalam 75% - 85% tepat. Ada juga yang saya dapat hampir 95% tepat. Selebihnya kena buat manual reading & editing.

Kalau anda anggap dengan hanya copy n paste original artikel dan terus boleh pakai converted article tu, anda silap. Manual editing masih perlu.

Sangat sesuai kepada anda yang ada moderate/average command in english and english grammar. Kalau anda seorang yang dunggu tentang bahasa inggeris atau grammar memang lintang pukang, bukan saja program ini, lain-lain program article spinning pun lebih baik jangan beli. :)

Yang menariknya program ini dijual USD6 saja (lebih kurang RM20 bergantung kepada tukaran semasa). Dijual oleh seorang mamat bernama James Edwards. Anda boleh baca maklumat lanjut forum ini. Link untuk purchase juga ada disitu. Cara terbaik untuk membelinya ialah dengan credit card atau paypal.

Walau bagaimana pun software tersebut ada juga dijual di forum tempatan wangcyber.com (carilah sendiri) tapi nak tau berapa dia jual? USD20 !!! Pergghhhhhhh!!