17 April 2009

RefererX 4.0 review

Saya telah purchase RefererX 3.0 penghujung tahun lalu. Walau bagaimana pun setelah menggunakannya selama beberapa kali hasil yang diperolehi kurang memberangsangkan. Program tersebut bukan saja kurang membawa traffic ke website yang di promote tetapi juga software tersebut juga memakan resource CPU dengan agak tinggi, menyebabkan PC menjadi slow. Disamping itu juga terdapat banyak error pop-up dan kadang kalanya program tersebut crash dengan sendirinya. So dipendekkan cerita saya telah stop menggunakannya.
Seminggu yang lepas saya menerima email dari ReferrerX memaklumkan version 4.0 telah dilancarkan. Mulanya agak skeptical untuk download tetapi memandangkan upgrade ini FREE kepada pelanggan lama so what the hell, try lah juga.

Berikut adalah review awal yang saya lakukan setelah run program ini buat kali pertama.

1. Berikut adalah perbezaan interface ReferrerX 3.0 dengan RefererX 4.0

refererx - 3 main

refererx - main

Perbezaan ketara yang boleh dilihat dari version 3.0 ialah wujud tab untuk penggunaan proxy, tab website dimana pencarian url boleh dibuat dari Yahoo Search Engine dan juga url dari Blogspot site. Tab Setup dan How-to masih belum berfungsi lagi. Selain dari itu tiada lagi Refering method Level 1 & Level 2.

2. Berikut adalah hardware & software setting yang digunakan :

  • Windows XP Pro Sp3
  • Pentium 4 2.8Ghz HT
  • 1 GB Ram
  • Streamyx 512
  • Database : harvest dari Blogspot (22,765 url)
  • Masa diambil untuk complete run database : 10+ jam
  • Working proxies : 216
  • Website yang dipromote untuk testing = favorgifts.co.cc

3. Program telah run pada 10 April dan data yang dikumpul adalah sehingga 14  April. Graf di ambil dari Google Analytic.

refererx - analytic

  • 10 April = 0
  • 11 April = 5
  • 12 April = 62
  • 13 April = 22
  • 14 April = 34

JUMLAH TRAFIK = 123

4. Berikut adalah trafic feed dari favorgifts.co.cc dan juga dari salah satu site blogspot yang di refer.

favorgifts.co.cc

Referer Site

refererx - trafic refererx - link

5. Kedudukan SERP Google

Tersenarai di muka pertama google.com melalui pencarian ‘favor gifts’. WOW!! Klik image untuk full view.

refererx - serp

6. KESIMPULAN

Sepanjang tempoh testing, keseluruhannya berjalan dengan baik kecuali sekali keluar pop-up berhubung penggunaan proxy.

refererx - proxy alert

Dari 22,765 url yang di refer, hasilnya cuma 123 trafic yang diterima selama 4 hari. Berbaloi? Mungkin terlalu awal untuk saya menilai. Lagi pun database yang digunakan adalah dari blogspot iaitu very general target. Mungkin lepas ini akan dibuat testing pakai Yahoo search yang membolehkan kita lebih target specific dan niche.

Satu komen saya ialah apabila refererX digunakan ia akan ‘sedut’ seluruh bandwidth internet anda menyebabkan anda hampir tidak boleh mengunakan program internet yang lain seperti browsing dan lain-lain. Mungkin RefererX boleh memasukkan feature yang membolehkan kita set limit bandwidth yang boleh diguna oleh RefererX.

Satu lagi value added service yang mungkin boleh diberikan oleh RefererX ialah dengan menyediakan senarai working proxies list yang boleh di download dan diletakkan di website RefererX. Ini bagi memudahkan pengguna program ini mendapatkan fresh working proxies list. List ini mungkin boleh di update secara mingguan so tak perlu lagi mendapatkan list dari website lain.

 

Nak sentuh sikit tentang motto RefererX ini, “The Smart Way to Make Money With Autopilot”. Ia agak missleading sikit sebab RefererX ni tak boleh buat duit untuk anda. Mungkin indirectly, yes. Sebab ia hanyalah satu tool untuk menarik traffic ke website anda. Yang akan buat duit untuk anda ialah jika pengunjung dari trafic tersebut klik iklan (e.g. adsense) atau beli produk (e.g. clickbank) yang anda promosikan. So ingat, RefererX hanyalah tool untuk menarik traffic ke website yang dipromosikan.

Keseluruhannya, RefererX boleh membantu Internet Markerter (IM) dalam menarik traffic dan juga membantu meningkatkan SERP dalam Google.