29 November 2009

Karenah Unpaid Buyer

Menjadi lumrah berniaga dalam eBay. Ada kalanya terdapat segelintir buyer yang tidak membuat pembayaran setelah menang bidding. Lebih memenatkan apabila kita buat barang fizikal dan terpaksa hold stock sementara menunggu buyer buat payment. Tambah lagi kalau cuma ada satu item saja. Nak list balik takut pula buyer tadi buat payment lepas tu. Jadi apa yang perlu kita lakukan dalam situasi begini?

Perkara pertama ialah kita perlu menerima bahawa perkara ini adalah hakikat yang perlu kita hadapi apabila menjalankan perniagaan di alam cyber macam eBay. Keep cool. Atok aku pernah pesan, selalu bersangka baik dengan orang. Mungkin mereka ni terlupa atau sibuk dengan kerja harian. Tak sempat nak logon ke eBay untuk check email.

Kita hantar reminder email kepada mereka. Dalam ebay sudah ada template email reminder. So, just hantar email tersebut kepada mereka. Lepas tu tunggu 2-3 hari. Tengok jika ada respond. Jika tiada respond hantarkan sekali lagi email reminder. Tukarkan sedikit pada heading template tersebut kepada "2nd Reminder". Lepas tu tunggu lagi 2-3 hari. (nota: tempoh menunggu bergantung kepada tahap kesabaran anda. Secara default-nya jika tiada pembayaran dalam masa 5 hari dari tarikh auction tamat, kita sudah boleh membuka open dispute melalui ebay.)

Seterusnya jika masih tiada payment dibuat, hantar 3rd and Final Reminder. Kali ini tukarkan sedikit ayat dalam kandungan template tersebut. Tapi aku nasihatkan janganlah gunakan ayat yang keras atau kesat kerana bagi aku ia tidak mendatangkan apa-apa faedah. Gunakan ayat yang lembut tapi firm. Contohnya seperti ini :

" Hello {nama buyer}, It has been # days that you have won this bidding but until now we have not received any payment from you. :( We will wait for another # days for you to make the payment. Unfortunately if we do not receive the item by then, we have no choice but to open a non-payment dispute case with ebay and this will not look good on your record. It will refect on you future buying on eBay. We hope that it will not come to that. Thank you."

Akhir sekali jika masih tidak respond, apa nak buat. Anggaplah bukan rezeki kita. Open dispute ja so kita dapat balik refund fee dari eBay.

Dari pengalaman aku, 50% dari buyer akan respond kepada reminder kita. Dengan syarat kita cakap elok-elok dengan mereka. Antara excuse yang aku terima adalah seperti sibuk tak sempat check email eBay, tak ada duit, gaji tak masuk lagi. Biasa lah, mereka ni pun macam kita juga ada macam-macam komitmen :). Kadang-kadang tu poket kering tapi tak leh tahan nafsu nak beli itu ini.

Selalunya unpaid buyers ni mempunyai feedback yang rendah, antara 0-3 feedback. Kesimpulan yang aku boleh buat ialah mereka ni kurang pengalaman dalam beli barang online. Mungkin mereka tak begitu faham selok belok buat purchasing online lagi.  Wallahualam. Macam atok aku katalah, sangka baik dengan orang.

Actually ada beberapa cara untuk kita mengelak atau at least mengurangkan masalah unpaid buyer ni. Kita boleh set beberapa setting dalam account preference kita. Tapi nantikan aku cerita.


20 November 2009

Teknik Kajian Produk Fizikal Ebay Percuma - Zacky

Dah terbit. ebook percuma 49 mukasurat dari Zakaria Bin Mohd Ali  (aka Zacky). Kalau anda salah seorang yang selalu mengikuti thread Dairi Usahawan eBay Berhingus kat forum Wangcyber maka tak perlu lah saya perkenalkan siapa dia Zacky ni.

Kalau pertama kali dengar, Zacky ni salah seorang pakar dalam selok belok berniaga dalam ebay. Beliau banyak berkongsi tips dan rahsia-rahsia ebay yang mungkin dalam seminar2 atau PC (Personal Coaching) berbayar pon tak di ajar. Selain dari berkongsi ilmu di dalam forum beliau juga banyak mengadakan gathering terutama di KL. Kalau sesiapa yang berminat nak start berebay aku recommend sangat2 join gathering ni.

Apa pon, ebook ini adalah bentuk visual guide tentang bagaimana hendak melakukan product research yang sememangnya amat penting sekiranya hendak berjaya dalam business ebay. Seperti yang dimaklumkan dalam ebook tersebut, ia merupakan beberapa teknik2 asas sahaja. Teknik2 lebih advance akan muncul tak lama lagi tapi kena bayar larrrrrr...tak kan semua nak bagi free. Thanks Zacky.

Download ebook dari Zacky di SINI.

16 November 2009

eBay Image Hosting Menggunakan Dropbox Online

Aku tau memang banyak image hosting site kat luar sana tu (free dan berbayar). So tau mau nak mention satu per satu. Tapi hari ni aku nak cerita tentang Online Storage yang bernama Dropbox.

Dropbox ni bukan saja sebagai online storage, tapi juga boleh diguna sebagai file sync. Macam aku ni pakai 2 PC(rumah & office) and 1 laptop memang menyusahkan nak copy masuk USB drive. Kalau gunakan Dropbox ni kita cuma copy atau save file ke folder khas My Dropbox dalam computer kita tu dan ia akan terus sync ke online storage. So bila balik rumah dan on PC dan internet, Dropbox akan automatik sync file tadi ke PC.

Tapi itu bukan cerita sebenar yang aku nak cerita. Mungkin korang tanya, apa yang specialnya untuk guna dengan ebay? Feature yang paling menarik yang menyebabkan aku suka pakai Dropbox ini ialah kita boleh dapatkan image link terus dari windows explore.

Folder yg wujud setelah install Dropbox



Right Click mouse atas file yg berkaitan dan click Copy Public Link


Rupa link yang boleh dilihat bila paste dalam notepad

Kini anda boleh lah paste kan link tersebut dalam mana-mana HTML editor atau Turbo Lister atau Selling List kat eBay tu. Mudah.

Untuk account percuma Dropbox anda mendapat 2GB storage. Dan anda boleh mendapat sehingga 3GB jika anda recommend 4 orang untuk gunakan Dropbox ni (250MB seorang). So gunakan link ini untuk dapatkan Dropbox. Saya memerlukan 3 orang  lagi. :)



Yahoo Messenger 10 dah release

YM Version 10 dah keluar dari beta. Boleh download kat http://messenger.yahoo.com/

Sebenarnya aku sendiri tak pakai YM client. Aku pakai Pidgin yang aku rasa lebih menarik dan simple. Boleh intergrate dengan MSN, AIM, Google Talk, ICQ, Facebook, Twitter, Myspace dan sudah tentunya Yahoo Messenger.

13 November 2009

Phoenix Bangkit

Perghhhhhhhhh! Memang dah lama aku dah tak update blog ni. Tah macam mana teringat plak nak update blog ni.

Anyways, sekarang ni aku dah mula nak tinggalkan buat adsense ni. Mungkin aku just maintain whatever websites yang aku dah buat. Sekarang ni aku lebih suka buat ebay. Feel dia lain dari buat adsense ni. Dah tak leh tahan mengadap PC memanjang. Letih dah buat SEO dan backlink ni.

Ebay ni syok skit. Ada elemen2 real business. Buat research product, competition survey, mcm2 lagi dan yg paling aku suka ialah product hunting. Sekarang ni walau kemana aku berjalan, mata asyik liar tengok barang-barang yang aku rasa boleh jual kat ebay. Bukan takat shopping compleks ja, pasar malam, pasar ikan, kedai bunga semua aku survey. heheh..... Apa tidaknya, dari daun ketapang sampai kulit siput babi pun ada orang jual kat sana.

Dan yang lebih penting reason aku nak beralih dari adsense ke ebay ialah kerana income aku berebay dah melebihi income adsense aku! meh...meh...meh...

Anyway, banyak ilmu ebay ni aku belajar kat forum Wang Siber, terutama thread berhingus yang dimulakan oleh Mansurbiz. Aku cadangkan sesiapa yang main ebay ni wajib ikuti thread ni. Tapi panjang dia masyaallah! Tapi kalau tak pecahkan ruyong mana nak dapat sagunya.

Adios.



M. Nasir : Phoenix Bangkit